01 June, 2009

Ustazah Bahyah !

Petua "8P" Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,


1) P yang pertama ialah 'puji'

iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah 'peluk'

yang mana pasangan suami isteri hendaklahselalu peluk memeluk antara satu sama lain

sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu

adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan'

di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'
adalah P keempat
yang mesti diambil beratkerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnyamewakili persefahaman'

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan'
iaitu

pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada

melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian'di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan

dengan pasangan di tempat yang jauhdaripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu

Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang

antara pasangan suami isteri serta dijauhidaripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri

iaitu membaca

surah Al-Imran ayat ke-31

atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga

yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, "apabila seseorang insan mengabaikan

tanggung jawab terhadap Agama,Dia akan mengabaikan Rumah Tangga

kerana Jiwa yang Kosong".

"Ketika kita jauh daripada Allah,iblis yang suka umat manusia bercerai-berai

akan menghampiri dan melalaikan kita,daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

No comments: