18 November, 2008

Apa Projek Cuti Sekolah !

Dalam utusan melayu pun ada !



Salam kepada semua, Cuti sekolah dah tiba, bagi yang melibatkan diri dengan bidang perguruan nie la masa untuk merehatkan badan dan fikiran, setalah penat menghempas tulang empat kerat, fikiran dan emosi untuk anak didik supaya berjaya.

Kelmarin saya sempat la bertemu dengan member lama yang dah lama tak contact, bukan jauh, dekat je, tapi masa dan komitmen lain lebih mendesak. So kebetulan jumpa adalah cerita - cerita menarik, bagi yang nak buat projek masa cuti nie. Sapa yang berminat boleh la, tgk lampiran dan gambar nie.

Projek nie bukan MLM biasa, Bukan Yang kena tahan dengan Bank Negara dan bukan Skim cepat kaya. Nie projek, kalau usaha dia dapat banyak , lumayan dan kalau cepat join dapat lagi banyak. Nie punya projek ada pinjaman TEKUN, jika cukup syarat. So apa - apa pun korang tenguk - tenguk la mana tau anda salah seorang yang akan menjadi JUTAWAN !

Anda berminat sila layari web di atas....

P/S kepada eidina sila ambil perhatian... mungkin anda jutawan seterusnya..

02 November, 2008

MPV proton di NKVE



Salam kepada semua, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan MPV Proton, ini ada info terkini. Malah jika kita lihat gambar nie kita boleh leh bandingkan dengan keta Grand Livina walaupun separuh je keta tue. Anyway....tgk - tgk la.

Sumber paultan.org

27 October, 2008

Hari banjir !


Rumah yang separuh ditengelami air.



Jalan dinaiki air... tak leh lalu.


Pokok nie batang separuh tenggelam.


Salam kepada semua, Hari nie cuti deepavali, so cuti sakan la. So nak pegi raya deepavali pun tak de member yang sambut hari deepavali, so den pergi la ke Slim River antar anak saudara IKMAL ke asrama dia. On the way pergi ke Slim River banjir la pulak. So terpaksa ikut jalan pintas lain. Anyway selamat jugak la antar anak saudara den. Ok.....bye.

25 October, 2008

MPV perodua !



Salam kepada semua, tentu tersenyum sekarang nie sebab esok cuti sampai isnin. Bagi yang berminat nak tukar kereta nie info terbaru, gambar MPV Toyota usahasama ngan Dahaitsu. So Perodua mungkin akan keluarkan pada suku ke 3 tahun depan, sebelum raya. So mengikut sumber kemungkinan lampu belakang dan bumper depan akan ditukar seperti keta perodua yang dari toyota passo, menjadi MYVI. Anyway keta nie kecik sikit berbanding WISH. So apa lagi mari bertukar kereta! Minyak dah turun.

21 October, 2008

Pn. Azila open house.

Salam kepada semua, memang ramai membuat rumah terbuka sekarang nie... Bukan saja waktu cuti tapi tak cuti pun ada. Di antaranya Pn. Azila pada hari nie, mengambil kesempatan membuat rumah terbuka dan mengadakan tahlil pada malamnya. Tahlil nie untuk anaknya yang akan bersunat cuti sekolah nanti. Masakan di rumah nie memang sedap - sedap antaranya laksa, nasi impit dan fovourite den nasi lemak sambal sotong..mmmm sedap. Memang sedap !



Memang ramai yang datang tapi saya datang lewat sedikit sebab ada hal di pejabat. Almaklum la kerja melambak. Tak siap nanti kena marah pulak. Anyway terima kasih la tak terhingga kepada semua member yang membuat open house.. tahun depan jangan lupa buat lagi. Hidup open house.

19 October, 2008

Amali Kimia



Salam kepada semua, pada 18hb baru - baru nie den telah poie ke Amali kimia di UNIKL cawangan Melaka. Memang memenatkan dan meletihkan, nak buat 3 amali dalam masa satu hari, namun den rasa ok. Amali nie adalah dalam subjek kimia di bawah tajuk organologam. Dalam satu eksperimen den terpaksa menggunakan ammonia, so pening la sikit dengan baunye. Macam mana la pekerja - pekerja kilang sarung tangan, tiap - tiap hari bau ammonia. Tapi mungkin sudah biasa dah tak kisah kot. Anyway nie pengalaman yang berguna kepada den. Ok..

Saiful open house



Salam kepada semua, lama tak update, almaklum la, sibuk pergi open house. Antara member yang buat open house ialah saiful, paling istimewa kat rumah saiful nie kuih kacang nasi impitnya ada daging ayam, mmm sedap.. ok, nak pegi rumah terbuka jap.

07 October, 2008

Seronok berhari raya.


Salam kepada semua member, Selamat menyambut hari raya yang dah ke hari ke - 6 hari nie. Mungkin minggu nie ramai yang membuat open house. So jemput - jemputlah den kat sini. Hari raya tahun nie sempat gak pergi berhari raya beberapa rumah member yang membuat open house. Tak kira siang atau malam rumah open nie sentiasa terbuka untuk tetamu yang datang dan terima kasih kepada yang menjamu. Semasa ini jugalah kita bertukar cerita, macam - macam termasuk la nostalgia semasa zaman bebudak dulu, zaman sekolah dan dah berkerja nie. Bagi den member yang sentiasa dicari semasa bercuti berkampung ialah MI dan MEJAH. Dua orang memang member sejak zaman sekolah lagi. So bila dah berkumpul di rumah terbuka MI nie sempat gak tangkap gambar bersama anak - anak untuk kenangan di hari tua. Nie gambar open house di rumah MI di rumah barunya Seri Iskandar. Cantik beb rumah tue.

29 September, 2008

Hari nie dah 29 Ramadan !




Hari nie dah 29 ramadan, pejam celik - pejam celik dah nak raya. Mmmm masa nie la pun sibuk jugak, sibuk buat kuih raya, sibuk mengemas rumah, bersih itu, lap ini, dan paling suspen siapkan baju raya. Bagi yang menempah tak la tension sangat, tapi bagi yang menerima tempahan mesti tak cukup tangan. Mmmm mesti la tension nak siapkan baju raya kengkawan, tak siapkan masam muka, tak ambil putus kawan, nak tak nak terpaksa la ambil, walaupun kerja sedia ada dah banyak menunggu, tanda kertas, kemas rumah dan macam - macam lagi. Tapi tak pe la, tolong kengkawan, dan dapat jugak duit raya, nak balik tol dah la mahal, minyak turun sekupang je. Mmm mana tak kena buat part time. Tambah - tambah pulak Pak Lah dah beri line. Anyway yang ada kemahiran jugak yang untung. Baju raya tak yah tempah, kuih raya buat sendiri cuma duit raya je kena cari, nak bagi sanak saudara yang datang menyerbu. So sebelum mengundur diri, sempena bulan ramadhan dan syawal yang kunjung tiba, saya dengan rasa rendah hati meminta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki bagi sesiapa yang mengenali saya samaada di dalam dan luar negara. Wassalam.

Majlis berbuka dan bertarawikh di SKDC.













Pada tanggal 23 ramadan yang lalu, SKDC telah mengadakan satu majlis berbuka dan bertarawikh di sekolah. Mengikut penganjur sambutan pada kali ini amat di luar dugaan. Namun begitu, semuanya berjalan lancar. Ini adalah beberapa gambar yang di ambil semasa majlis tersebut untuk berkongsi bersama.

18 September, 2008

Mari namakan !








Salam, Raya dah dekat, alangkah seronok dapat menaiki MPV Proton gambar di atas tentu lebih meriah. Anak - anak selesa berada di dalamnya. Tak dapat bawa balik raya nie tak pe la, tapi tahun depan kot boleh bawa. Kalau anda hendak mendapat MPV nie free, so korang join la peraduan namakan proton ini. Semoga gambar ini memberi lebih inspirasi kepada korang. So, cuba - cuba la mana tahu bernasib baik. Ini gambar terbaru MPV Proton sumber dapot_02@yahoo.com.



Cuba link nie www.namakanprotonmpv.com/en/online_entries.aspx

Mari bertadarus!


Pahala di bulan ramadhan nie digandakan setiap pahala dengan 70 kali ganda. So banyak tue, maka mari la kita berebut - rebut untuk mendapatkan pahala, sementara masih sempat.

17 September, 2008

Ramadan sudah di pertengahan.



Salam ramadan kepada semua, Jika dilihat tarikh hari ini semakin dekat kita dengan Hari Raya dan semakin hampir kita meninggalkan ramadan. So pikir - pikirkan la adakah kita telah berjaya?

16 September, 2008

Dah hari yang ke - 16


Salam ramadan, sedar tak sedar dah hari ke - 16 kita berpuasa dan makin hampir hari raya. Mmm bagi ibu dan bapa mesti dah sibuk untuk prepare hari raya nie untuk anak - anak. Mungkin dah yang membuat persiapan awal, dan mungkin juga ada yang menunggu gaji atau bonus bulan ni untuk membeli belah. Walau macam mana pun seharusnya kita berjimat cermat di musim perayaan ini.

Bagi kita sebagai muslim adakah kita sudah mendapat kemanisan iman yang kita cari atau solat kita seperti kartun di atas?

10 September, 2008

Orang Kampung dah mula Sibuk.


Akum... mmmm selamat berpuasa. Bila ditengah ramadhan teringat gak kat peristiwa di kampung dulu. Masa - masa cam nie la orang kampung bertungkus lumus menyiapkan kuih - muih untuk hari lebaran. Tak lupa juga satu kemestian ialah dodol. Bagi negeri perak dodol nie macam satu kemestian. Apa lagi bagi mak saya. Setiap tahun mesti ada dodol, kalau tak de tak sah. Tak berseri raya tau tak meriah la raya tahun tue.
Dodol nie pulak bukan senang nak buat, ambil masa 5 - 6 jam baru siap. Kalau buat cepat alamat lingkup la dodol tue sebab api marak menyebabkan dodol berkerak. Bila berkerak makan je rasa - rasa terkunyah kerak, tue tak sedap tue.
Pengalaman saya mengacau dodol memang banyak, ada yang suka dan sedih. Suka biasa la dodol yang di buat menjadi sedap. Sedih dan duka sebab mmm biasa la dodol tak menjadi. Pernah pada 1 tahun, saya dan adik - adik mengacau dodol, kacau punya kacau, lama - lama makin ketat sebab dah likat. Adik saya punya nak cepat tambah kayu api, last - last api besar. Mmmm last - last dodol berkerak. Apalagi dah la muka merah panas, telinga pun merah panas gak sebab kena marah ngan mak.

Hari raya dah dekat !

Mmmm, pejam celik - pejam celik ramadhan sudah sampai ke pertengahan bulan.

Maka Hari Raya Aidilfiti semakin dekat. Apa yang belum dilakukan? Sudahkah anda

habis bertadarus, sudahkah anda bangun sembahyang tahajud, walaupun sekali? So pikir -

pikirkan la sebelum terlambat.

SALAM PERKENALAN



Akum, Sempena bulan yang mulia ini marilah kita mencari keredhaanNya.

Apa persediaan anda untuk menghadapi Hari Raya.