25 June, 2009

Cuti - cuti Malaysia



Cuti sekolah yang lalu, dari tak buat ape - ape, teman pegi la ke Lost World of Tambun yg x berapa lost tue. Mak aii ramainya org menyesal pun ado...tak selesa dibuatnya..Ingat nak jumpo ngan sahabat lama kat situe tp saat akhir tak dapat hadir..so redah je la. Lg pun kampung den ngan tempat nie tak jauh...lebih kurang 2 batang cerut je. Nie ada gambar untuk dikongsi bersama terutama sahabat den 'JA' yang sekarang kena panggil ENCIK sebab dah tukar profesion.



Nie gambar tempat mandi ....ramainya orangg..

Nie tempat bebudak mandi - mandi ttp org tua pun join jugak...

Sepupu !


Nie dia kapal berayun. Sapa berani boleh cuba.

Kalau tak berani ...cuba je la kuda nie...selamat.

Nie gajah mandi..



Kalau tak berani jugak ...naik la keretapi nie..dia pusing seluruh Lost World. Tp...kena berebut la sikit..org ramai.

Suka bola tampar...boleh ajak geng !

Tempat beerteduhh.


Air terojun.

Nie lost world yg tak berapa LOST!
Kalau aku bagi bintang aku bg......2 setengah je...

06 June, 2009

JAMUAN HARI GURU 2009

Salam kepada semua,

Sudah agak lama tak bercerita, almaklum la sibuk dengan urusan seharian. So sekarang
nie cuti sekolah dapat den mengupload gambar - gambar kenangan untuk dikongsi bersama...

Pada 20 hb jun yang lalu satu jamuan sempena hari guru telah diadakan di Bagan Lalang. Hampir 20 orang guru yg hadir..Gambar nie tak ramai kerana separuh solat.
Nie antara gambar tersebut...


Nie la gambar GB, isteri, isteri Pak Engku dan Pak Engku (pakai spek)...Terima kasih daun keladi kepada Pak Engku kerana murah hati membelanja cikgu - cikgu....Tahun depan harap ada lagi..

Nie la muka - muka member yang kekenyangan dah tak larat nak baham banyak sangat juadahnya. Sengaja ambil gambar lepas makan...sebab gambar sebelum makan mengerikan untuk dikongsi bersama.


Tue dia Cikgu Azhari tersenyum kepuasan.


Banyak jugak hidangan hari tue diantaranya yang masih saya ingat dan masih terasa
dicelah gigi ini;


1) Ikan kerapu 3 rasa
2) Ikan bakar
3) Udang bakar
4) Sup Ekor
5) Pahat masak tumis
6) Sayur campur
7) Air epal susu
8) Air fresh oren
9) Kerepek ubi (kudapan seb makan)
10)Oren ( pencuci mulut selepas makan)
11) dan beberapa jenis lagi yg terlupa.

01 June, 2009

Ustazah Bahyah !

Petua "8P" Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,


1) P yang pertama ialah 'puji'

iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah 'peluk'

yang mana pasangan suami isteri hendaklahselalu peluk memeluk antara satu sama lain

sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu

adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan'

di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'
adalah P keempat
yang mesti diambil beratkerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnyamewakili persefahaman'

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan'
iaitu

pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada

melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian'di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan

dengan pasangan di tempat yang jauhdaripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu

Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang

antara pasangan suami isteri serta dijauhidaripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri

iaitu membaca

surah Al-Imran ayat ke-31

atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga

yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, "apabila seseorang insan mengabaikan

tanggung jawab terhadap Agama,Dia akan mengabaikan Rumah Tangga

kerana Jiwa yang Kosong".

"Ketika kita jauh daripada Allah,iblis yang suka umat manusia bercerai-berai

akan menghampiri dan melalaikan kita,daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"