27 October, 2008

Hari banjir !


Rumah yang separuh ditengelami air.



Jalan dinaiki air... tak leh lalu.


Pokok nie batang separuh tenggelam.


Salam kepada semua, Hari nie cuti deepavali, so cuti sakan la. So nak pegi raya deepavali pun tak de member yang sambut hari deepavali, so den pergi la ke Slim River antar anak saudara IKMAL ke asrama dia. On the way pergi ke Slim River banjir la pulak. So terpaksa ikut jalan pintas lain. Anyway selamat jugak la antar anak saudara den. Ok.....bye.

25 October, 2008

MPV perodua !



Salam kepada semua, tentu tersenyum sekarang nie sebab esok cuti sampai isnin. Bagi yang berminat nak tukar kereta nie info terbaru, gambar MPV Toyota usahasama ngan Dahaitsu. So Perodua mungkin akan keluarkan pada suku ke 3 tahun depan, sebelum raya. So mengikut sumber kemungkinan lampu belakang dan bumper depan akan ditukar seperti keta perodua yang dari toyota passo, menjadi MYVI. Anyway keta nie kecik sikit berbanding WISH. So apa lagi mari bertukar kereta! Minyak dah turun.

21 October, 2008

Pn. Azila open house.

Salam kepada semua, memang ramai membuat rumah terbuka sekarang nie... Bukan saja waktu cuti tapi tak cuti pun ada. Di antaranya Pn. Azila pada hari nie, mengambil kesempatan membuat rumah terbuka dan mengadakan tahlil pada malamnya. Tahlil nie untuk anaknya yang akan bersunat cuti sekolah nanti. Masakan di rumah nie memang sedap - sedap antaranya laksa, nasi impit dan fovourite den nasi lemak sambal sotong..mmmm sedap. Memang sedap !



Memang ramai yang datang tapi saya datang lewat sedikit sebab ada hal di pejabat. Almaklum la kerja melambak. Tak siap nanti kena marah pulak. Anyway terima kasih la tak terhingga kepada semua member yang membuat open house.. tahun depan jangan lupa buat lagi. Hidup open house.

19 October, 2008

Amali Kimia



Salam kepada semua, pada 18hb baru - baru nie den telah poie ke Amali kimia di UNIKL cawangan Melaka. Memang memenatkan dan meletihkan, nak buat 3 amali dalam masa satu hari, namun den rasa ok. Amali nie adalah dalam subjek kimia di bawah tajuk organologam. Dalam satu eksperimen den terpaksa menggunakan ammonia, so pening la sikit dengan baunye. Macam mana la pekerja - pekerja kilang sarung tangan, tiap - tiap hari bau ammonia. Tapi mungkin sudah biasa dah tak kisah kot. Anyway nie pengalaman yang berguna kepada den. Ok..

Saiful open house



Salam kepada semua, lama tak update, almaklum la, sibuk pergi open house. Antara member yang buat open house ialah saiful, paling istimewa kat rumah saiful nie kuih kacang nasi impitnya ada daging ayam, mmm sedap.. ok, nak pegi rumah terbuka jap.

07 October, 2008

Seronok berhari raya.


Salam kepada semua member, Selamat menyambut hari raya yang dah ke hari ke - 6 hari nie. Mungkin minggu nie ramai yang membuat open house. So jemput - jemputlah den kat sini. Hari raya tahun nie sempat gak pergi berhari raya beberapa rumah member yang membuat open house. Tak kira siang atau malam rumah open nie sentiasa terbuka untuk tetamu yang datang dan terima kasih kepada yang menjamu. Semasa ini jugalah kita bertukar cerita, macam - macam termasuk la nostalgia semasa zaman bebudak dulu, zaman sekolah dan dah berkerja nie. Bagi den member yang sentiasa dicari semasa bercuti berkampung ialah MI dan MEJAH. Dua orang memang member sejak zaman sekolah lagi. So bila dah berkumpul di rumah terbuka MI nie sempat gak tangkap gambar bersama anak - anak untuk kenangan di hari tua. Nie gambar open house di rumah MI di rumah barunya Seri Iskandar. Cantik beb rumah tue.