29 September, 2008

Hari nie dah 29 Ramadan !




Hari nie dah 29 ramadan, pejam celik - pejam celik dah nak raya. Mmmm masa nie la pun sibuk jugak, sibuk buat kuih raya, sibuk mengemas rumah, bersih itu, lap ini, dan paling suspen siapkan baju raya. Bagi yang menempah tak la tension sangat, tapi bagi yang menerima tempahan mesti tak cukup tangan. Mmmm mesti la tension nak siapkan baju raya kengkawan, tak siapkan masam muka, tak ambil putus kawan, nak tak nak terpaksa la ambil, walaupun kerja sedia ada dah banyak menunggu, tanda kertas, kemas rumah dan macam - macam lagi. Tapi tak pe la, tolong kengkawan, dan dapat jugak duit raya, nak balik tol dah la mahal, minyak turun sekupang je. Mmm mana tak kena buat part time. Tambah - tambah pulak Pak Lah dah beri line. Anyway yang ada kemahiran jugak yang untung. Baju raya tak yah tempah, kuih raya buat sendiri cuma duit raya je kena cari, nak bagi sanak saudara yang datang menyerbu. So sebelum mengundur diri, sempena bulan ramadhan dan syawal yang kunjung tiba, saya dengan rasa rendah hati meminta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki bagi sesiapa yang mengenali saya samaada di dalam dan luar negara. Wassalam.

Majlis berbuka dan bertarawikh di SKDC.













Pada tanggal 23 ramadan yang lalu, SKDC telah mengadakan satu majlis berbuka dan bertarawikh di sekolah. Mengikut penganjur sambutan pada kali ini amat di luar dugaan. Namun begitu, semuanya berjalan lancar. Ini adalah beberapa gambar yang di ambil semasa majlis tersebut untuk berkongsi bersama.

18 September, 2008

Mari namakan !








Salam, Raya dah dekat, alangkah seronok dapat menaiki MPV Proton gambar di atas tentu lebih meriah. Anak - anak selesa berada di dalamnya. Tak dapat bawa balik raya nie tak pe la, tapi tahun depan kot boleh bawa. Kalau anda hendak mendapat MPV nie free, so korang join la peraduan namakan proton ini. Semoga gambar ini memberi lebih inspirasi kepada korang. So, cuba - cuba la mana tahu bernasib baik. Ini gambar terbaru MPV Proton sumber dapot_02@yahoo.com.



Cuba link nie www.namakanprotonmpv.com/en/online_entries.aspx

Mari bertadarus!


Pahala di bulan ramadhan nie digandakan setiap pahala dengan 70 kali ganda. So banyak tue, maka mari la kita berebut - rebut untuk mendapatkan pahala, sementara masih sempat.

17 September, 2008

Ramadan sudah di pertengahan.



Salam ramadan kepada semua, Jika dilihat tarikh hari ini semakin dekat kita dengan Hari Raya dan semakin hampir kita meninggalkan ramadan. So pikir - pikirkan la adakah kita telah berjaya?

16 September, 2008

Dah hari yang ke - 16


Salam ramadan, sedar tak sedar dah hari ke - 16 kita berpuasa dan makin hampir hari raya. Mmm bagi ibu dan bapa mesti dah sibuk untuk prepare hari raya nie untuk anak - anak. Mungkin dah yang membuat persiapan awal, dan mungkin juga ada yang menunggu gaji atau bonus bulan ni untuk membeli belah. Walau macam mana pun seharusnya kita berjimat cermat di musim perayaan ini.

Bagi kita sebagai muslim adakah kita sudah mendapat kemanisan iman yang kita cari atau solat kita seperti kartun di atas?

10 September, 2008

Orang Kampung dah mula Sibuk.


Akum... mmmm selamat berpuasa. Bila ditengah ramadhan teringat gak kat peristiwa di kampung dulu. Masa - masa cam nie la orang kampung bertungkus lumus menyiapkan kuih - muih untuk hari lebaran. Tak lupa juga satu kemestian ialah dodol. Bagi negeri perak dodol nie macam satu kemestian. Apa lagi bagi mak saya. Setiap tahun mesti ada dodol, kalau tak de tak sah. Tak berseri raya tau tak meriah la raya tahun tue.
Dodol nie pulak bukan senang nak buat, ambil masa 5 - 6 jam baru siap. Kalau buat cepat alamat lingkup la dodol tue sebab api marak menyebabkan dodol berkerak. Bila berkerak makan je rasa - rasa terkunyah kerak, tue tak sedap tue.
Pengalaman saya mengacau dodol memang banyak, ada yang suka dan sedih. Suka biasa la dodol yang di buat menjadi sedap. Sedih dan duka sebab mmm biasa la dodol tak menjadi. Pernah pada 1 tahun, saya dan adik - adik mengacau dodol, kacau punya kacau, lama - lama makin ketat sebab dah likat. Adik saya punya nak cepat tambah kayu api, last - last api besar. Mmmm last - last dodol berkerak. Apalagi dah la muka merah panas, telinga pun merah panas gak sebab kena marah ngan mak.

Hari raya dah dekat !

Mmmm, pejam celik - pejam celik ramadhan sudah sampai ke pertengahan bulan.

Maka Hari Raya Aidilfiti semakin dekat. Apa yang belum dilakukan? Sudahkah anda

habis bertadarus, sudahkah anda bangun sembahyang tahajud, walaupun sekali? So pikir -

pikirkan la sebelum terlambat.

SALAM PERKENALAN



Akum, Sempena bulan yang mulia ini marilah kita mencari keredhaanNya.

Apa persediaan anda untuk menghadapi Hari Raya.