29 September, 2008

Hari nie dah 29 Ramadan !




Hari nie dah 29 ramadan, pejam celik - pejam celik dah nak raya. Mmmm masa nie la pun sibuk jugak, sibuk buat kuih raya, sibuk mengemas rumah, bersih itu, lap ini, dan paling suspen siapkan baju raya. Bagi yang menempah tak la tension sangat, tapi bagi yang menerima tempahan mesti tak cukup tangan. Mmmm mesti la tension nak siapkan baju raya kengkawan, tak siapkan masam muka, tak ambil putus kawan, nak tak nak terpaksa la ambil, walaupun kerja sedia ada dah banyak menunggu, tanda kertas, kemas rumah dan macam - macam lagi. Tapi tak pe la, tolong kengkawan, dan dapat jugak duit raya, nak balik tol dah la mahal, minyak turun sekupang je. Mmm mana tak kena buat part time. Tambah - tambah pulak Pak Lah dah beri line. Anyway yang ada kemahiran jugak yang untung. Baju raya tak yah tempah, kuih raya buat sendiri cuma duit raya je kena cari, nak bagi sanak saudara yang datang menyerbu. So sebelum mengundur diri, sempena bulan ramadhan dan syawal yang kunjung tiba, saya dengan rasa rendah hati meminta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki bagi sesiapa yang mengenali saya samaada di dalam dan luar negara. Wassalam.

No comments: