31 May, 2009

PETUA

Petua Rasullullah

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis y! g membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.


21 May, 2009

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,

jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak .. Kita takut dengan

kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."

semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin Yarobbala'lamin.."


Kita boleh membaca ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
web tetapi bila membaca yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali.....